Saturday 9 July 2011

PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN DI SEK SERI AMAR DIRAJA



PERLANTIKAN PENGAWAS SADR TAHUN 2011


 PROGRAM ISRAQ DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH




PENYERAHAN REKOD PROFIL MURID



MOTIVASI MURID TAHUN 6 DI KEM SRI JULUK
NAKA

Friday 8 July 2011

SARAPAN PERLU UNTUK KESIHATAN

" Saya tidak ada masa untuk sarapan pagi."
" Tidak bersarapan dapat menolong saya mengurangkan berat badan."
" Saya tidak larat untuk makan pada waktu pagi."
Adakah anda seorang daripada yang memberikan jawapan seperti di atas apabila ditanya adakan anda sudah makan bersarapan?

Jika jawapan adalah YA, sila rujuk kepada pandangan yang diberikan oleh pakar diet.
Menurut pakar diet, sarapan merupakan makanan yang paling penting pada setiap hari. Selain itu, mengelakkan sarapan tidak menolong anda mengurangkan berat badan. Sebaliknya, mengambil srapan dapat menolong anda memulakan keperluan metabolik untuk hari tersebut. Ini membolehkan anda membakar kalori dengan berkesan dan menyumbang kepada pengawalan berta badan. Memulakan hari tanpa sarapan seperti memulakan sebuah kereta tanpa petrol. Seseorang yang tidak bersarapan berkecenderungan untuk makan lebih banyak makanan berkalori dan berlemak tinggi sebagai pengganti kepada sarapan. Jamuan terakhir sebelum sarapan adalah makan malam. Lebih daripada 12 jam badan tidak menerima apa-apa tenaga atau nutrien. 

Pilihan yang terbaik bagi sarapan adalah makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah. Ini adalah kerana ia akan memuatkan perut anda dan tahan lebih lama. Sarapan dapat membantu dalam regulasi gula dalam darah dan paras insulin. Paras gula yang rendah akan mempengaruhi tumpuan dan pemikiran seseorang. 
Jika anda berpendapat bahawa sarapan yang paling baik adalah tidak mengambil sebarang makanan pejal dan hanya meminum air yang banyak untuk tujuan detoksifikasi, maka ini adalah tanggapan yang salah. Idea utama untuk menurunkan berat badan adalah mengekalkan keseimbangan tenaga dan bukan mengelakkan daripada makanan. Secara ringkas, mengekalkan pengambilan tenaga adalah seimbang dengan output tenaga ataupun pengambilan tenaga adalah kurang daripada output tenaga untuk pengurangan berat badan. 

Sarapan adalah penting untuk menggalakkan pengambilan nutrien, serat, vitamin dan mineral, kurang lemak dan kolestrol setiap hari. Sarapan pada setiap pagi adalah penting dan tidak boleh dielakkan. Jadi, mulakan hari anda dengan sarapan untuk mengekalkan kesihatan anda.

Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah



Celik komputer telah menjadi agenda penting dalam kehidupan seharian zaman sekarang. Ia menjadi salah satu unsur pemangkin kepada kemajuan negara. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengukur tahap literasi komputer pelajar – pelajar sekolah menengah atas Negeri Kedah. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. Data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 698 orang pelajar Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Rendah dari duabelas buah sekolah menengah mewakili tujuh daerah di Negeri Kedah. Alat ukuran yang digunakan ialah Attitude Toward Computer Scale (ATCS), Computer Self – Efficiency Scale (CSES) dan Minnesota Computer Literacy and Awareness Assessment Test (MCLAAT). Kaedah min, peratusan, Ujian Chi Kuasa Dua dan Ujian Cramer V digunakan bagi mengukur objektif dan menguji hipotesis kajian. Paras keertian 0.05 ditetapkan untuk menerima atau menolak hipotesis nul. Data dari kajian ini dianalisis menggunakan pakej Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 66.67%. Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat hubungan bererti di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Namun, tidak terdapat hubungan bererti di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar. Dapatan kajian turut menyarankan agar setiap sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberi pendedahan mengenai 
komputer kepada pelajar agar tahap literasi komputer mereka bertambah baik dari semasa ke semasa.



"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."
"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin