Friday, 8 July 2011

Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah



Celik komputer telah menjadi agenda penting dalam kehidupan seharian zaman sekarang. Ia menjadi salah satu unsur pemangkin kepada kemajuan negara. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengukur tahap literasi komputer pelajar – pelajar sekolah menengah atas Negeri Kedah. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. Data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 698 orang pelajar Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Rendah dari duabelas buah sekolah menengah mewakili tujuh daerah di Negeri Kedah. Alat ukuran yang digunakan ialah Attitude Toward Computer Scale (ATCS), Computer Self – Efficiency Scale (CSES) dan Minnesota Computer Literacy and Awareness Assessment Test (MCLAAT). Kaedah min, peratusan, Ujian Chi Kuasa Dua dan Ujian Cramer V digunakan bagi mengukur objektif dan menguji hipotesis kajian. Paras keertian 0.05 ditetapkan untuk menerima atau menolak hipotesis nul. Data dari kajian ini dianalisis menggunakan pakej Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 66.67%. Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat hubungan bererti di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Namun, tidak terdapat hubungan bererti di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar. Dapatan kajian turut menyarankan agar setiap sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberi pendedahan mengenai 
komputer kepada pelajar agar tahap literasi komputer mereka bertambah baik dari semasa ke semasa.



"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."
"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin


5 comments:

  1. Dunia tanpa sempadan memang memerlukan pelajar celik IT... Namun, ibu bapa perlu memantau apa yang dilayari oleh anak2 melalui internet....
    Banyak baik, maka banyak juga buruknya....

    ReplyDelete
  2. Rupa yang cantik @ segak kadang kala hanyalah racun dan belum tentu cantiknya pekerti..

    ReplyDelete